Fantastic 4 2nd Movie

Lagi movie baru ntuk ditonton tahun nih! Fantastic 4 Movie 2: Rise of the Silver Surfer yg akan ditayangkan di pawagam US pd 15 Jun dan Musim Luruh ntuk tayangan Sedunia.

Trailer movie tersebut boleh didonlot di:
http://www.apple.com/trailers/fox/fantasticfourriseofthesilversurfer/

Fantastic 4 adalah keluarga superhero pertama milik Marvel Comics oleh Stan lee… movie ke-2 ini akan mempamerkan watak Silver Surfer atau nama asalnya Norrin-Radd! Beliau yg berasal daripada Planet Zenn-La telah memperhambakan diri kepada Galactus, sejenis makhluk gergasi yg hidup dgn membaham Planet-planet yg terdapat di Cakerawala. Radd telah menjadi Herald (Orang Kanan Jenis Jahat) kepada Galactus dan dikurniakan kuasa dan badan baru yg membolehkannya menembusi apa saja dlm kelajuan supersonik.

Malangnya Galactus telah menetapkan bumi sebagai sasaran dan hanya Human Torch sahaja dlm ahli Fantastic Four yg mampu menyaingi kuasanya…

Maklumat Lanjut: http://www.bbc.co.uk/dna/h2g2/A11463950

Leave a Comment