Archive for September, 2007

Patlabor Movie 3

Beberapa siri pembunuhan yg didapati berlaku sekitar Tokyo Bay menyebabkan Detektif Kusumi dan Rakan sejawatnya Hata pergi menjalankan siasatan. Apa yg menghairankan, mangsa seolah-oleh di”baham” sesuatu yg amat besar lagi ganas. Namun, mengesyorkan pihak atasan tentang kewujudan “Raksasa” bukanlah sesuatu yg mudah.

Mereka harus bekerjasama dgn SVC2 (Special Vehicle Unit 2) bagi memerangkap Raksasa itu supaya ditangani dengan Patlabor.

Official Site: http://patlaborthemovie3.com/

Megaupload Link: http://getfansub.com/wiki/WXIII_Kidou_Keisatsu_Patlabor

Leave a Comment

Yotsuba to!

Yotsuba&Cow
Adakah anda peminat Shin-chan? ataupun mmg Xleh trima langsung perwatakan Shin-chan yg “Terlebih Nakal”. Apa kata berkenalan dgn Yotsuba-chan pula? Seorang kanak2 perempuan yg sentiasa Happy-Go-Lucky dgn Karenah sehariannya sbg Loli yg baru nk mengenali hidup.

Telatah Yotsuba-chan yg sentiasa menimbulkan masalah kpd “Ayah Muda”nya akan membuatkan pembaca pecah2 perut sambil mengimbau pengalaman diri sbg seorang yg pernah melalui zaman kanak-kanak.

http://www.4chan.biz/

Leave a Comment

Kaze no Stigma

Kaze no Stigma
Ayano merupakan waris Kerabat Kannagi yg mempunyai perikatan kuasa Api bagi kesemua pengikutnya. Kecuali sepupunya, Kazuma.. yg dikalahkan Ayano semasa perlawanan waris yg mencapai akil baligh. Kazuma yg dipulaukan keluarganya menukarkan nama akhir kepada Yagami dan membuat kontrak dgn semangat Angin.

Kini, Kazuma kembali ke penempatan Kerabatnya dgn Kuasa yg sukar dijangka. Adakah kedatangannya untuk membalas dendam… atau??

Episode: 24
English Fansub by AnimeYoshi

Leave a Comment

Claymore


Perjuangan satriawati Pedang yg digelar sbg Claymore oleh org awam. Setiap satriawati akan dikerahkan ke Bandar/Perkampungan yg telah diduduki oleh YOMA. Makhluk yg memakan manusia lalu mengambil-alih rupa serta ingatan mereka. That’s not all, Claymore’s sebenarnya adalah manusia yg telah berasimilasi dgn Badan Yoma. Lantas membuatkan mereka mempunyai kebolehan yg LuarBiasa. Kelajuan, Kekuatan, Ketajaman.. dan beberapa lagi yg mungkin anda tidak mahu ambil tahu.

Animenya hanya terdapat 26 Episod yg merangkumi Volume 1 hingga 11 (Manga) yg telah diubah Penghujungnya ntuk dijadikan Penamat bagi siri Animasi. Scr jujur, Tahap Animasi, Soundtrack dan Pertumpahan Darah dlm versi anime adalah amat memuaskan. Kalau bukan kerana anime ini hanya ditamatkan pd 26 episod, pastinya ia mampu menjangkau ke tahap yg amat baik.

  • Baca sambungan/Cerita sebenar Claymore dlm Manga Volume 11+
  • Episode: 26
    English Fansub by ECLIPSE

    Leave a Comment

    Shin Kyuuseishu Densetsu: Raoh Gaiden – Gekito Hen

    Hokuto no Ken aka Fist of the North Star merupakan sebuah Manga ciptaan Tetsuo Hara & Buronson yg sungguh popular sekitar tahun 1983 hingga 1988. Manganya merangkumi 245 chapter yg kemudian dicetak semula dlm bentuk 27 volume.


    True Saviour Legend: Legend of Raoh – Book of Fierce Battle (Movie ke-2 daripada 3 siri Movie Rekaan-Semula Hokuto no Ken) menceritakan perjalanan terakhir Abang Seperguruan Kenshiro dlm Aliran Hokuto Shinken (Pencak Bintang Utara) sbg seorang Diktator dunia selepas peperangan Nuklear terbesar.

    Segalanya bermula apabila Kenshiro selaku murid termuda dinamakan sbg waris tunggal Hokuto Shinken. Raoh tidak berpuas hati lantas mencabar dan akhirnya membunuh Tok Guru mereka Ryuuken. Beliau akhirnya berkelana ke seluruh pelusuk dunia bagi misi penaklukkan dgn nama timangan “Ken-oh” (Fist King). Tujuan beliau adalah ntuk menyatu-padukan seluruh negara yg berada dlm porak peranda daripada dikuasai Samseng yg bermaharajalela. Namun kesilapan besar yg dilakukannya adalah cuba mengembalikan keamanan dgn Keganasan, walhal keamanan hanya mampu dipulihkan dgn Kasih Sayang.

    Adik Seperguruannya Kenshiro berasa Terkilan melihat Raoh yg kesesatan Rentetan peristiwa hitam yg melanda Keluarga mereka. Akan tetapi Tugasnya sebagai Waris Tunggal adalah menamatkan Riwayat mereka yg gagal menggunakan Pencak tersebut ntuk Kebaikan..

    Yuria (Kekasih Kenshiro) telah diculik. Raoh menganggap dgn kehilangan Yuria dia mampu mencapai Kesedihan yg diperlukan ntuk menguasai Musou Tensei. Lantas sesuatu telah dilakukannya pd malam tersebut. Keesokannya, Kenshiro tampil menerima cabaran Raoh. Beliau dikejutkan dgn keadaan Yuria yg disangkanya telah mati dibunuh. Lantas mencetuskan tenaga utama baginya ntuk mengalahkan Raoh. Perlawanan antara 2 Pahlawan terkuat tercetus!

    Raoh yg akhirnya Tewas mendongak ke langit sambil terkenangkan wajah isterinya (Reina). Tangannya dijulang sambil menghembuskan kekuatan terakhir selaku seorang Pahlawan. Mayatnya dipapah Kenshiro yg bercucuran Air Mata mengenangkan Nasib Abang serta Rakan seperguruannya yg saling berbunuhan. Awan kembali bersinar seolah2 menerima Raoh yg akhirnya pulang ke pangkal jalan. Kenshiro akhirnya faham tujuan sebenar Raoh iaitu mati ditangan seseorang yg lebih handal daripadanya. Lantas menebus kembali dosa beliau yg tidak terkira ketika penaklukkan kawasan. Pengorbanan yg tidak mungkin terbalas~

    Babak akhir movie menunjukkan Kuda Raoh menghantar abu mayat tuannya pulang ke sisi Reina. Sungguhpun sedih, Reina lega bawah Cinta sudahpun tersemat kembali di hati orang yg tersayang.. Lagu Penutup oleh B’z – Lonely Stars menyusul.

    Note:

  • Anda digalakkan membaca Manga jika berminat mengetahui dgn lebih mendalam tentang Dendam Kesumat yg melanda Aliran Hokuto Shinken,Hokuto Ryuuken,Nanto Seiken,Nanto Rokuseiken,Nanto Goshasei dan Gento Koken.
  • Kenshiro sebenarnya adalah Adik Saudara kepada Raoh & Toki. Lantas menjelaskan mengapa beliau layak mewarisi Hokuto Shinken.
  • Volume 24 Manga HnK memaparkan pertarungan Kenshiro VS Abang Kembar Raoh.
  • Volume 26 Manga HnK menjelaskan bahawa Raoh ada meninggalkan seorang anak lelaki hasil hubungannya dgn Reina. Sungguhpun Reina merupakan watak tambahan yg direka khas ntuk versi Layar Perak (Dalam Manga tidak dinyatakan siapa isterinya).
  • HnK bukanlah kisah mengenai Tikaman urat atau Keganasan semata2. Ianya adalah sebuah kisah pertempuran dan perjuangan Aliran Pencak yg bersangkut paut dgn Hokuto Shinken. Penuh dgn Keberanian,Pengorbanan,Keperwiraan,Persahabatan,Cinta dan Kasih Sayang yg tidak dapat diungkap dgn semudah kata.

    English Fansub by Makoto

  • Leave a Comment

    Patlabor Movie 2

    Patlabor Movie kembali dgn Plot yg Cemas lagi mencabar secara realisme dlm movie ke-2. Kali ini bertempatkan tahun 2002 iaitu 3 tahun selepas Patlabor 1. Cerita dimulakan dgn Kemusnahan unit Labor United Nations pd tahun 1999 di South-East Asia yg akhirnya membawa ancaman yg lebih besar kpd negara2 asia terutamanya Jepun.


    Tanpa Amaran, Ruang udara Jepun telah didatangi beberapa Jet Fighter dan War-Helicopter yg mengancam keselamatan orang awam. Namun, tidak banyak yg dapat dilakukan oleh pihak atasan kerajaan mereka yg serba keliru dari mana datangnya serangan-serangan tersebut.

    Lebih2 lagi apabila Dalang serangan tersebut merupakan Senior/EX-Lover kpd Commander Shinobu unit SV2. Masihkah beliau dapat menjunjung prinsip dirinya sendiri? Serangan demi serangan dilancarkan keatas penduduk, mampukah Polis Patlabor memulihkan keamanan? Tontonan yg penuh dgn Isu Politik, Isu Peribadi dan Strategi Ketenteraan yg lebih mendalam berbanding siri2 lepas.

    Secara Peribadi, Plotting movie animasi ini telahpun menyamai taraf Blockbuster yg terdapat di layar perak pd masa tersebut (1993) dan boleh dianggap satu peningkatan besar keatas anime genre dewasa.

    Megaupload Link: http://getfansub.com/wiki/Kidou_Keisatsu_Patlabor_2_the_Movie

    Leave a Comment

    Devil May Cry

    Adaptasi anime bagi game yg sama nama. DMC versi anime hanya merangkumi 12 episod yg baru sahaja tamat pd minggu lepas. Nothing much to comment except that aku rase anime dia merupakan 1 percubaan Promosi semata2 bagi melariskan jualan DMC4 ntuk PS3.

    Sungguhpun produksinya daripada MadHouse Studios yg popular dgn animasi genre ganas dan dianimasikan dgn Lukisan yg cantik. Namun terdapat 1 kelemahan besar padanya iaitu BackGroundMusic yg tidak menyerlah. Sekaligus membuatkan anime in terasa spt “Kosong”, Biarpun Plotnya adalah agak “Okay”.

    Official Site: http://dmc-tv.com/

    English Fansub [AnimeonE & Conclave]: http://www.gotwoot.net/wp-torrents.php?s=20

    Leave a Comment

    Transformers Super-Link

    Transformers Super-Link
    Memang X dpt dinafikan lagi Transformers mempunyai ramai peminat. Akan tetapi, berapa ramaikah diantaranya yg masih mengikuti perkembangan terbaru? Movie omputih tu tolak tepi arr psl tu X kira original. So, arinih aku nk mula review beberapa siri anime Transformers Generasi Baru sejak berakhirnya siri2 yg lama. Aku mulakan dgn favouriteku Super-Link atau dikenali sbg Energon dlm versi barat.


    Transformers Super-Link (2004) merupakan antara animasi baru Transformers yg mempunyai ciri2 original siri terdahulunya spt Karisma, Kepimpinan, Persahabatan, Misteri, Kegentingan keadaan dan yg paling penting.. TRANSFORMASI!

    Super-Link merupakan sebahagian daripada Unicron Trilogy yg berlatarbelakangkan tahun 2010 hingga 2030 yg pd asalnya dicadangkan sbg sambungan Generation 1. Akan tetapi oleh sbb hasrat unit design eropah yg inginkan pengenalan universe baru kpd peminat. Apapun, Super-Link tetap mempunyai senarai watak yg bersambung daripada Generasi Pertama, Hanya Rekaan sedikit berbeza.

    Super-Link memperkenalkan kebolehan baru yg membenarkan Transformers bergabung badan dgn unit yg sama saiznya, Penggunaan Energon Star sbg senjata dan Evolusi Kuasa pihak Decepticons. Anda boleh menonton Openingnya di youtube.

    10 Tahun telah berlalu setelah berakhirnya peperangan besar antara Transformers dan Dewa Mecha Unicron yg mengancam keselamatan Galaksi Sejagat. Kini Autobots dan Decepticons bekerjasama dgn Manusia membina cawangan Bandar Cybertron di Bumi dan Angkasa lepas demi menggali Energon yg sememangnya penting bagi survival Transformers. Akan tetapi 10 tahun adalah suatu jangka masa yg lama, dan terdapat pihak yg masih menunggu peluang ntuk menghidupkan semula Megatron.

    Apa yg menarik bagi ini adalah kebolehan seorang anak manusia. Chad “Kicker” Jones mampu mengesan Energon setelah bertembung dgn “Primus” sewaktu kecil, sekaligus menjadi buruan pihak musuh. Wira muda ini akhirnya berjuang bersama “Grand Convoy” & Transformers sbg salah seorang watak utama.

    Beberapa Maklumat menarik mengenai persamaan Super-Link dgn Siri Asal dlm menyambut ulangtahun Transformers ke-23.

    English Fansub by TV-Nihon: http://www.claws.us/tracker/browse.php?cat=54

    Maklumat Tambahan: http://en.wikipedia.org/wiki/Transformers:_Energon

    Model Info: http://tformers.com/superlink.php

    Comments (1)

    Older Posts »