Home > Anime > Shin Kyuuseishu Densetsu: Raoh Gaiden – Gekito Hen

Shin Kyuuseishu Densetsu: Raoh Gaiden – Gekito Hen

September 23, 2007 Leave a comment Go to comments

Hokuto no Ken aka Fist of the North Star merupakan sebuah Manga ciptaan Tetsuo Hara & Buronson yg sungguh popular sekitar tahun 1983 hingga 1988. Manganya merangkumi 245 chapter yg kemudian dicetak semula dlm bentuk 27 volume.


True Saviour Legend: Legend of Raoh – Book of Fierce Battle (Movie ke-2 daripada 3 siri Movie Rekaan-Semula Hokuto no Ken) menceritakan perjalanan terakhir Abang Seperguruan Kenshiro dlm Aliran Hokuto Shinken (Pencak Bintang Utara) sbg seorang Diktator dunia selepas peperangan Nuklear terbesar.

Segalanya bermula apabila Kenshiro selaku murid termuda dinamakan sbg waris tunggal Hokuto Shinken. Raoh tidak berpuas hati lantas mencabar dan akhirnya membunuh Tok Guru mereka Ryuuken. Beliau akhirnya berkelana ke seluruh pelusuk dunia bagi misi penaklukkan dgn nama timangan “Ken-oh” (Fist King). Tujuan beliau adalah ntuk menyatu-padukan seluruh negara yg berada dlm porak peranda daripada dikuasai Samseng yg bermaharajalela. Namun kesilapan besar yg dilakukannya adalah cuba mengembalikan keamanan dgn Keganasan, walhal keamanan hanya mampu dipulihkan dgn Kasih Sayang.

Adik Seperguruannya Kenshiro berasa Terkilan melihat Raoh yg kesesatan Rentetan peristiwa hitam yg melanda Keluarga mereka. Akan tetapi Tugasnya sebagai Waris Tunggal adalah menamatkan Riwayat mereka yg gagal menggunakan Pencak tersebut ntuk Kebaikan..

Yuria (Kekasih Kenshiro) telah diculik. Raoh menganggap dgn kehilangan Yuria dia mampu mencapai Kesedihan yg diperlukan ntuk menguasai Musou Tensei. Lantas sesuatu telah dilakukannya pd malam tersebut. Keesokannya, Kenshiro tampil menerima cabaran Raoh. Beliau dikejutkan dgn keadaan Yuria yg disangkanya telah mati dibunuh. Lantas mencetuskan tenaga utama baginya ntuk mengalahkan Raoh. Perlawanan antara 2 Pahlawan terkuat tercetus!

Raoh yg akhirnya Tewas mendongak ke langit sambil terkenangkan wajah isterinya (Reina). Tangannya dijulang sambil menghembuskan kekuatan terakhir selaku seorang Pahlawan. Mayatnya dipapah Kenshiro yg bercucuran Air Mata mengenangkan Nasib Abang serta Rakan seperguruannya yg saling berbunuhan. Awan kembali bersinar seolah2 menerima Raoh yg akhirnya pulang ke pangkal jalan. Kenshiro akhirnya faham tujuan sebenar Raoh iaitu mati ditangan seseorang yg lebih handal daripadanya. Lantas menebus kembali dosa beliau yg tidak terkira ketika penaklukkan kawasan. Pengorbanan yg tidak mungkin terbalas~

Babak akhir movie menunjukkan Kuda Raoh menghantar abu mayat tuannya pulang ke sisi Reina. Sungguhpun sedih, Reina lega bawah Cinta sudahpun tersemat kembali di hati orang yg tersayang.. Lagu Penutup oleh B’z – Lonely Stars menyusul.

Note:

  • Anda digalakkan membaca Manga jika berminat mengetahui dgn lebih mendalam tentang Dendam Kesumat yg melanda Aliran Hokuto Shinken,Hokuto Ryuuken,Nanto Seiken,Nanto Rokuseiken,Nanto Goshasei dan Gento Koken.
  • Kenshiro sebenarnya adalah Adik Saudara kepada Raoh & Toki. Lantas menjelaskan mengapa beliau layak mewarisi Hokuto Shinken.
  • Volume 24 Manga HnK memaparkan pertarungan Kenshiro VS Abang Kembar Raoh.
  • Volume 26 Manga HnK menjelaskan bahawa Raoh ada meninggalkan seorang anak lelaki hasil hubungannya dgn Reina. Sungguhpun Reina merupakan watak tambahan yg direka khas ntuk versi Layar Perak (Dalam Manga tidak dinyatakan siapa isterinya).
  • HnK bukanlah kisah mengenai Tikaman urat atau Keganasan semata2. Ianya adalah sebuah kisah pertempuran dan perjuangan Aliran Pencak yg bersangkut paut dgn Hokuto Shinken. Penuh dgn kisah Keberanian,Pengorbanan,Keperwiraan,Persahabatan,Cinta dan Kasih Sayang.

    English Fansub by Makoto

  • Categories: Anime
    1. No comments yet.
    1. No trackbacks yet.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.