Home > Games > World in Conflict (Pengenalan)

World in Conflict (Pengenalan)

Apakah anda seorang peminat video game genre RTS [Real-Time-Strategy] dan sedang mencari pembaharuan? Memperkenalkan World in Conflict, buatan Massive Entertainment edaran Sierra.

Seringkali apabila sebut saja genre RTS, pemain pasti akan terbayangkan game ala Command & Conquer yg memerlukan pembinaan bangunan terlebih dahulu sebelum mengerahkan unit tentera dan angkatan senjata pemusnah. Namun, apakah benar situasi perang sebenar sering membabitkan elemen tersebut? Jawapannya adalah Tidak! Tidak semestinya begitu…

Tidak seperti game2 lain, World in Conflict menumpukan fokus utamanya pada elemen peperangan sebenar yg membabitkan pengumpulan, pengerahan unit tentera secara strategik sebaik sahaja sampai di medan peperangan dan yg paling penting.. memanfaatkan struktur geografi dan situasi medan peperangan tersebut.


Plot Utama W.I.C merupakan andaian Perang Dunia Ke-3 yg meletus jika persefahaman di antara Amerika dan Russia tidak berhenti. Anda akan memegang peranan sebagai Liutenant Parker dan diarah oleh Colonel Sawyer bagi menjalankan misi menahan serangan Soviet yg sudahpun mula menakluki Amerika. Kapten Bannon yg juga merupakan Ketua skuad Kereta Kebal akan membantu anda dalam menjalankan misi2 tersebut disamping membuat lawak pada setiap Cutscenes sebelum dan selepas mission. Apa yg lebih menarik, model 3D watak Colonel Sawyer disuarakan oleh pelakon box-office Hollywood Gene Hackman yg begitu berkesan lakonannya.


Berbalik kepada pengenalan fungsi dlm game, W.I.C menyediakan kawalan yg mudah untuk diingati. W,A,S,D akan digunakan sebagai penggerak Peta manakala Middle Mouse Scroll digunakan sebagai Hyper Zoom-In & Zoom-Out. Pemain juga boleh mencondongkan pandangan dgn menolak cursor mouse ke setiap penghujung skrin bagi menjelaskan pemandangan. Kawalan unit adalah dgn menggunakan Mouse spt biasa.

Terdapat 3 kawalan terpenting dlm W.I.C iaitu Reinforcement Menu dan Tactical Aid Menu:

Reinforcement Menu (Atas Kanan) digunakan sebagai alternatif baru dalam penyeruan Jenis2 Askar dan Unit Kenderaan Peperangan serba baru berbanding game lain. Pemain akan diberi points berdasarkan pencapaian situasi perang semasa dan juga bekalan dari Markas. Points tersebut akan ditolak mengikut jumlah unit yang dikerah ke medan perang. Bagi merealisasikan keadaan menjadi lebih realistik, pemain perlu tunggu 10 hingga 20 saat sebelum unit yang dikerah mendarat. Selepas itu, terpulanglah kepada anda bagaimana hendak dilancarkan unit2 tersebut mengikut kawasan dan musuh yang sesuai dgn kelebihan perang setiap unit. Pemain juga boleh menukar “Drop Zone” tentera mereka setelah berjaya menakluk kawasan baru. Pengerahan unit yang sesuai akan memperlihatkan kearifan seorang commander dalam mengagihkan tenteranya dengan memanfaatkan elemen medan peperangan seperti Rumah,Pokok dan Bukit. Sebaliknya, pengerahan unit yang tidak bersesuaian dengan anggaran kekuatan musuh akan mengakibatkan pembaziran sumber points dan juga nyawa tentera. Ini akan mengakibatkan “prestasi” anda sebagai commander dipandang remeh oleh Kapten pasukan lain (Bannon) dan juga dimarahi Colonel kerana kecuaian.


Tactical Aid Menu (Atas Kiri) pula merupakan sistem kawalan dimana anda boleh meminta bantuan serangan udara dan darat daripada unit khas yang datang dari markas berdekatan. Antara pilihan yang boleh dibuat adalah Area-Scan, Light Artillary Shot, Heavy Artillary Shot, Laser Guided Bomb, Napalm Drop, Air Strike, Air to Air Strike, Carpet Bombing dan akhir sekali sekiranya terdesak.. Nuklear Warhead. Tactical Aid Menu juga menggunakan Points bekalan yang terkumpul bagi menyeru bantuan serangan yang Dahsyat. Pemain akan dapat melihat sendiri kawasan yang telah diarahkan “Bombardment” tersebut Hancur Berkecai dek Hentaman Bomb yang hebat. Rumah, Pokok, Jalan, Tiang Lampu, segalanya akan musnah setelah terkena serangan yang tepat.

Lantaran Sambutan yang hebat, Massive Entertainment juga telah dinobatkan antara 50 Pengeluar Video Game Terbaik Dunia bagi Tahun 2008 dan Best Game of the Year 2007.

Expansion W.I.C yg bertajuk “Soviet Assault” juga telah dijadualkan untuk pasaran PC,PS3 dan XBOX 360.

Official Website: http://www.worldinconflict.com

Categories: Games Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.