Legal Reasoning

Bukan nk bermegah atau tunjuk pandai. Cuma sekadar nk ketengahkan kesan cetak rompak, torrent dan warez keatas gaming industry. Sepanjang main game selama ni aku menyaksikan jatuh/bangun developer game feveret aku. So kali ni aku nk cuba mengetengahkan kelebihan original copy kpd semua. Sama ada nk ikut atau tidak itu terpulang kpd diri masing2.

Original game yg aku beli hanya terhad ntuk PC dan PS3, itupun hanya bg title yg benar2 menghiburkan dan berbaloi. Tapi pd masa yg sama, aku rasa adalah amat penting untuk cuba mengubah persepsi masyarakat akan dunia gaming yg sebenar. Teringin skali nk tunjukkan bukti2 yg mana industri game kian merundum dan menunggu mati. Adapun yg terselamat, mereka ditelan syarikat gergasi yg lebih besar dan berkemampuan. Itupun, hanya sebahagian studio yg dirasakan “berguna” sahaja yg diterima masuk. Yang Selebihnya, pandai2lah meneruskan kehidupan.

Saya cuma ingin mengatakan, jika anda telah mampu dan benar2 ingin menyokong industri permainan video. Maka sokonglah cetakkan sah supaya segala komen, cadangan dan bantahan dpt dilsalurkan secara terus kpd pembina permainan video disamping bersama2 membangun sbg 1 komuniti yg mengambil berat akan video games.

Saya faham keadaan ekonomi di negara kita tidak berapa mengizinkan. Tapi ini tidak bermakna kita langsung tak dapat menyokong keluaran original. Saya juga telah melaluinya, dibutakan dgn kemudahan torrent dan warez link yg saban hari dikongsi secara percuma oleh mereka yg masih tidak sedar akan akibat perbuatan mereka.

Cubalah bayangkan, permainan video adalah bersifat sementara dan hanya sesuai untuk mereka yg muda hinggalah ke belia. Kita akan dibebani dgn tanggungjawab dan tugas yg lebih penting dalam kehidupan seharian tatkala usia semakin meningkat.

Dengan bilangan game yg dimainkan menjadi semakin berkurangan apabila meningkat ke usia bekerja. Bukankah kita sepatutnya sudah mampu memperoleh produk tersebut secara sah? Tentulah boleh! Walaupun tidak sekerap dan sepantas mereka yang memuat-turun, saya percaya setiap game yg diperolehi secara sah dan terancang adalah amat bermakna dan lebih seronok dimainkan. Lebih2 lg game yg mempunyai fungsi online dan dpt dimain bersama rakan2.

Jadi, apakah jenis permainan video yg berbaloi untuk dibeli original? Berikut adalah antara faktor yg menambahkan nilai sebuah game untuk dibeli secara original:

  • Terdapat Multiplayer mode yg boleh dimainkan secara Online dan Local Area Network
  • Sistem kawalan yg mudah dan boleh diubah
  • Paparan grafik yg boleh diubah mengikut spesifikasi komputer
  • Buku Manual berwarna
  • Kemasan kotak yg eksklusif
  • Barangan Bonus spt Mousepad, T-Shirt, Bagpack (Tertakluk kepada syarat penjual)
  • Online and Phone Support
  • Satu lagi masalah yg terdapat pd masyarakat kita adalah persepsi mengenai produk dunia hiburan yg sering dikategorikan sbg “bahan mainan sementara”. Walhal pd hakikatnya ianya tidak. Video Game adalah satu produksi yg memakan modal berjuta-juta.

    Apa yg lebih kelakar, hampir majoriti rakyat kita dgn selambanya menukar handphone setiap kali wujudnya model baru. Sudah terang lagi bersuluh harga barangan spt handphone adalah JAUH LEBIH MAHAL. Masakan pula mereka “tiada wang” untuk menyokong produk asli? Inilah yg dikatakan “Mentaliti”, jika mereka benar2 meminati sesuatu benda atau perkara. Maka sudah tentu dgn apa cara sekalipun barang atau perkara yg dihajati itu akan dicapai.

    Kita sering melabelkan sesuatu produk itu “mahal” tanpa mengambil kira faktor pertukaran harga setelah ianya memasuki negara kita. Sebagai contoh: Tahukah anda bahawa game yg berharga spt dibawah sebenarnya dijual pd harga yg murah jika dibandingkan dgn kos penciptaan dan pengedarannya?

    RM45 >> 13USD
    RM65 >> 19USD
    RM99 >> 100USD
    RM145 >> 39USD
    RM178 >> 49USD

    Kebanyakkan pereka games adalah daripada barat maka wajarlah kalau mereka menjualnya pd harga yg bersesuaian atau setidaknya dpt memberi pulangan modal berdasarkan nilai mata wang mereka. Masalah nilai mata wang negara kita itu.. biarlah kita yg bersama2 membangunkannya. Akan tetapi, dari sudut sokongan produk original kita mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan produk yg asli. Jgnlah berdalih dgn bermacam2 alasan. Seeloknya, kalo tidak mampu beli yg asli. Hentikan saja tabiat tersebut. Beralih ke tabiat lain yg lebih berfaedah, itu adalah jauh lebih baik drpd menyokong cetak rompak.

    Leave a Comment