Patlabor Movie 1


Baru je abis menyempatkan layan Movie Pertama siri anime Patlabor. Secara Peribadi, bagi saya inilah Anime genre Mecha yg “Paling Logik” pernah dihasilkan! Baik Plot,Zaman bahkan SeniBina setiap Bangunan dan Robot adalah bersesuaian dgn situasi Abad ke-21. Patlabor pernah suatu masa dahulu diimport-tayang ke TV2 RTM dimana ianya telah sedikit sebanyak menjadi pencetus inspirasi kpd golongan muda ntuk menerokai bidang robotik disamping memberi gambaran terbaik tentang penggunaan robot di masa hadapan. Pengarahnya “Mamoru Oshii” juga merupakan pencipta “Ghost in the Shell”.

Movie Pertama Patlabor menceritakan sebuah situasi tenat ketika berlakunya insiden dimana “Labors” hilang kawalan. Peristiwa yg berlaku setelah matinya seorang saintis utama Shinohara Industries (Developer Labors) telah menyebabkan hampir kesemua labor bertindak diluar kawalan pilot sekaligus menimbulkan kekacauan di seluruh Jepun yg pd masa itu sudahpun bergantung kpd robot-robot tersebut dlm pekerjaan seharian termasuk Ketenteraan.

Asuma Shinohara dan Noa Izumi yg bertugas dlm unit ke-2 “The Mobile Police” menyiasat perkara tersebut dgn lebih mendalam apabila unit “Patlabor” mereka langsung tidak diganggu serangan virus tersebut. Asuma yg merupakan Anak Tunggal kpd CEO Shinohara Industries mengesyaki Operating System labors yg dinaik-taraf menjadi H.O.S (Hyper Operating System) mempunyai Virus yg menyebabkan Labors bertindak di luar kawalan setelah menerima signal berfrekuensi rendah yg tidak dpt didengari manusia. Signal tersebut dipercayai di”Amplify” melalui bangunan “Tower or Ark” yg selama ini berfungsi sbg Pusat Khidmat Labors.

Keadaan bertambah buruk apabila sebuah Taufan yg menghampiri negara bakal menguatkan lagi Frekuensi angin sekaligus mengakibatkan Insiden Hilang Kawalan Labors berlaku dlm skala yg lebih besar sehingga meliputi seluruh Jepun. Mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada memusnahkan bangunan tersebut kerana Dalangnya sudahpun membunuh diri sebelum melihat hasil konspirasinya sendiri. Jika mereka berjaya, mereka akan kekal bergelar Wira.. Namun jika mereka gagal, mereka akan dicap sbg pemusnah Jepun.

Megaupload Link: http://getfansub.com/wiki/Kidou_Keisatsu_Patlabor_Gekijouban

2 thoughts on “Patlabor Movie 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s