Shijou Saikyou no Deshi Kenichi


Baru khatam anime nih semalam, antara anime tahun 2007 yg langsung tak patut dilepaskan! Strongest Disciple Kenichi menceritakan kisah seorang remaja yg asalnya Penakut dan tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri. Suatu hari.. apabila menyaksikan seorang budak perempuan sebaya umurnya mengalahkan beberapa orang penjahat. Semangat yg sekian lama terpendam dlm jiwanya kembali bergolak. Kenichi yg berkawan baik dgn perempuan tersebut akhirnya bersetuju ntuk berlatih di Dojo Ryouzanpaku Keluarga Furinji (Miu). Siapa tahu.. apa yg bakal menanTnya adalah latihan dari “neraka”.


Latihan demi latihan dijalani dan kenichi berjaya menebus kembali maruahnya sbg seorang lelaki. Namun, kemenangannya tersebut telah “menarik” lebih ramai pencabar yg datang daripada sebuah pasukan jahat bergelar “Ragnarok”. Satu per satu ahli ragnarok ditewaskan dan kenichi memporeleh lebih ramai rakan yg sudi menolong mereka yg memerlukan. Malang tidak berbau, Pasukan Ragnarok sebenarnya diketuai oleh (Odin) seorang Sahabat lama sejak kecil. Apakah punca sengketa mereka? Sehinggakan sahabatnya sanggup melakukan apa saja demi mencabar semula kenichi yg pada awalnya seorang insan biasa… Tontonilah Kenichi!!


Berbeza dgn animasi perlawanan yg lain, mmg tidak dapat dinafikan siri kenichi banyak “meniru” rancangan popular spt Fist of the North Star dan DragonBallZ. Siri kenichi penuh dgn semangat juang yg berkobar2 dan menyelitkan lawak2 luarbiasa yg sering menceriakan mood penonton dlm setiap episod. Lantas menimbulkan suasana “Riang” dlm genre yg biasanya dipenuhi Kesedihan dan Kekejaman. Apa yg lebih menarik, penonton dpt melihat “perkembangan” watak utama dgn Jelas dan memahami teknik yg digunakan biarpun sebahagian besarnya adalah fantasi semata-mata. Sungguhpun tidak terdapat kesan khas yg istimewa, animasi yg “Standard” berserta plot dan soundtrack yg “tepat” berjaya membuatkannya antara anime yg popular. Siri anime Kenichi hanya merangkumi Part 1 daripada Manga. Mudah-mudahan, setelah tamat sepenuhnya. Season 2 akan berada di kaca TV beberapa tahun kemudian?

Episode: 50
English Fansub by Umai & Doremi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s