Real-Drive Episode 1 (Rumusan)


Sinopsis:
2061 AD. 50 Tahun selepas manusia berjaya mencipta Tamadun Rangkaian dimana mereka dapat berinteraksi sesama sendiri pada tahap kesedaran yg baru. Namun, terdapat masalah disebalik teknologi tersebut apabila berlaku kebocoran data-data peribadi. Sungguhpun begitu, manusia pd zaman tersebut sudahpun mencapai tahap dimana mereka tidak mampu hidup tanpa bergantung pd teknologi tersebut.

Tidak lama kemudian, sebuah rangkaian baru yg lebih selamat dicipta dgn panggilan “Meta Real Network” (Metal). Metal tersebut mengumpul maklumat peribadi yg terdapat pd “Bubble Shells” dan akhirnya menyelinap masuk ke dalam hidup setiap insan. Lama-kelamaan, manusia sudah terbiasa melepaskan naluri mereka di sekitar kawasan Metal yg selamat. Pelepasan naluri setiap individu tersebut akan berlaga dgn kesedaran masing2 dan dibanjiri lautan maklumat lalu akhirnya terdedah kpd tekanan keinginan.

Sementara hidup manusia masih berpaut dgn kebiasaan dan peraturan di dunia sebenar. Perkaitan diantara dunia Sebenar dan Maya telah mewujudkan ketidak-seimbangan di luar jangkaan. Aberration

Pakar yg menyelami lautan “Metal” tersebut, yg juga digelar sbg “Cyber Diver”. Mereka menyiasat fenomena disebalik kejadian “Abberations” yg menyebabkan Ketidak-seimbangan Mental seseorang manusia yg “tenggelam” di dalam lautan rangkaian tersebut.

Ikuti penyelaman Masamichi Haru yg menyiasat kejadian aneh yg bertempatkan diantara Realiti dan Dunia Maya Metal.

Original Synopsis & Cast: http://www.productionig.com/contents/works_sp/62
Official Site: http://www.ntv.co.jp/RD

Animasi yg diarah oleh Kazuhiro Furuhashi (Le Chevalier D’Eon,Amatsuki). ScreenPlay oleh unichi Fujisaku, Direktor siri Blood+ dan Penulis Skrip bagi kebanyakkan episode siri Ghost in the Shell. Rekaan Watak pula daripada Tetsuro Ueyama (Metal Guardian Faust).

Rumusan Episod 1:

Semasa membuat Free-Diving ke dasar laut melebihi kedalaman 100 meter. Haru dilanda sejenis gelombang yg datangnya dari teras bumi lantas cedera parah. Sebaik sahaja mencelikkan mata, 50 Tahun sudahpun berlalu dari masa mudanya.

Namun, Haru masih tercari-cari jawapan kepada kejadian yg melanda 50 tahun lalu yg bukan saja menyebabkan kerosakkan pd muka bumi malah telah merampas sebahagian besar daripada usianya. Untuk itu, Haru telah mengarahkan seorang cyborg perempuan ntuk menjalankan aktiviti Free-Diving bagi meneruskan pencariannya.

Dengan tidak disangka-sangka, fenomena aneh tersebut berlaku sekali lagi. Tanpa berasa teragak-agak, Haru menerjunkan dirinya ke dalam Alam Meta-Real yg telah diusahakan oleh rakannya dan mendapati dirinya kembali muda. Apakah yg mampu beliau lakukan di ruangan tersebut?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s