Machine Part 2

Dlm masa 2 hari, Bantuan Mesin Chiller dan Pemotong Nanas sudahpun sampai dgn selamat. Chiller tersebut adalah sumbangan dari Jabatan Kementerian Pertanian. Manakala, Pemotong Nanas adalah sumbangan kedua daripada Lembaga Nanas Malaysia selepas mesin Mixer & Cooker. Untuk pengetahuan semua, mesin pemotong nanas tersebut adalah buatan anak tempatan yg belajar di ADTECT Batu Pahat. So far aku modal tuk production makanan dan hal sewa/renovate kedai sahaja. Mesin mmg 100% dpt bantuan. Of course, mesti penuhi prosedurnya (dan tunggu bajet tahunan). Maklumlah mende free, layankan segala permintaan price quotation, pergi kursus dan sebagainya. Nampaknya pasnih kene tidur kt kedai la~

Machine Part 1

Mixer & FillerAkhirnya, sampai gak 1 daripada 3 mesin production yg aku mohon daripada pelbagai agensi bantuan keusahawanan. Hari ni mesin Cooker/Mixer & Filler yg sampai dulu atas bantuan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Sayangnya tadi pintu kedai aku kecik x muat la pulak! So terpaksa letak kt rumah dulu sementara aku renovate pintu. Ribu2 mesin ni, kalo X dpt bantuan agensi keusahawanan mmg X terdaya nk beli. Lembaga Industri Nanas bg mesin ni free mengikut bajet tahunan diorang. Dgn syarat, semua produk aku mesti ada bahan berasaskan nanas. Nanas tersebut mesti dibeli dgn pekebun nanas yg berdaftar dgn lembaga nanas. Maknanya, diorang tolong aku. Aku plak tolong hidupkan perniagaan pekebun nanas dgn membeli nanas2 diorang tuk bahan produk. Motornya stainless steel buatan italy.. badannya je yg kilang tempatan buat. Mesin ni 3 in 1 function mengacau, memasak dan mengalirkan bahan ke botol. Dalamnya ada ruang tuk dapur gas.